Tuesday, 22 October 2024

Pejabat Mufti Negeri Sabah: Isu Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH)

Info Fatwa
Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah berkaitan 'Isu Global Ikhwan Services Holdings (GISBH)’
Pejabat Mufti Negeri Sabah: Isu Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH)

Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri Sabah tahun 2024 yang bersidang pada 1 dan 2 Oktober 2024M bersamaan dengan 27-28 Rabiulawal 1446H telah memutuskan bahawa:
1. Ajaran, amalan, pegangan dan fahaman ahli jemaah GISBH dan rangkaian syarikat gabungannya adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah al-Asyairah dan al-Maturidiah
2. Penyelewengan ini meliputi aspek akidah, syariah, akhlak, kekeluargaan, kemanusiaan, muamalah ekonomi dan membawa kepada perpecahan umat serta boleh mengancam keselamatan negara
3. Penyelewengan dari Sudut Akidah, antaranya
Meyakini Abuya (Adhaari Mohammad) ghaib dan akan muncul bersama imam Mahdi (Syeikh Suhaimi) sebagai pembantu Imam Mahdi di akhir zaman.
Meyakini amalan bertabarruk yang bercanggah dengan syarak seperti bertabarruk dengan apa-apa yang digunakan oleh pemimpin GISBH antaranya makan dan minum air basuhan tangan, rendaman gigi, janggut dan lain-lain.
4. Penyelewengan dari sudut Syariah, antaranya:
Mendakwa solat Jumat tidak wajib kernaa belum tertegak kerajaan Imam Hadi
Menunaikan solat Jamak Qasar secara berterusan dengan alasan dalam perjuangan fisabilillah
5. Penyelewengan dari Sudut Muamalah Ekonomi, antaranya:
Penyalahgunaan rumah amal untuk mendapatkan sumbangan daripada kerajaan dan orang ramai.
Eksploitasi ahli(pekerja) seperti kerja tanpa gaji dan pembayaran wang tugasan harian.
dan penyelewengan-penyelewengan yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Sehubungan dengan itu, mana-mana ahli jemaah GISBH dan orang Islam yang mengamalkan fahaman dan ajaran GISBH wajib bertaubat serta meninggalkan fahaman dan ajaran tersebut dengan segera.

Sumber: 



No comments:

Post a Comment