Tuesday 27 May 2014

Global Ikhwan Holdings Subsidiari

Ikhwan Mart SDN BHD

Di bawahnya terdapat rangkaian pasaraya, kedai runcit, pusat sehenti (one stop), butik, kedai Photostate dan lain-lain. Hampir di setiap negeri atau daerah di Malaysia terdapat kedai-kedai ini. Ia adalah kedai-kedai yang menjual barangan halal di tengah masyarakat.

Ikhwan Bakery Restaurant And Catering SDN BHD


Ia terdiri dari rangkaian kedai-kedai kek, roti, biskut, pastri, restoran-restoran, café, khidmat katering. Menjual makanan ya g halal dan bersih di sudut syariat kepada masyarakat.

Immarah Travels & Tours SDN BHD



Ia menyediakan pakej umrah dan ziarah, Haji, khidmat pelancongan dalam dan luar Negara, khidmat sewaan bas, van dan kereta, khidmat jualan tiket kapalterbang dan sebagainya. Di dalam memberi khidmat kepada masyarakat, tuntutan dan tanggungjawab sebagai Hamba Allah dan khalifah sangat diutamakan. Masyarakat diajak mengutamakan solat dan syariat di sepanjang pemusafiran mereka bersama Immarah Travel & Tours Sdn Bhd ini.

Ikhwan Industries SDN BHD



Di bawahnya terdapat beberapa kilang makanan halal yang diusahakan oleh Ikhwan Industries Sdn Bhd. Di antaranya, kilang air mineral, air karbonat, kilang makanan basah seperti bebola ikan dan fish cake. Terdapat juga kilang mee kuning dan tahu, juga kilang roti. Semuanya untuk khidmat masyarakat dan memperkukuhkan ekonomi umat Islam kea rah menghasilkan makanan halal lagi bersih pembuatannya.

Global Ikhwan SDN BHD



Ini adalah kilang memproses ayam yang telah diambilalih dari satu perniagaan bumiputera yang hampir tutup. Demi menyediakan sembelihan dan proses ayam halal, Gln Sdn Bhd mengambilalih kilang tersebut. Kita bekalan ayam halal dapat dipasarkan dengan permintaan yang sangat tinggi. Kini, umat Islam dengan kesedaran berobal Ikhwaagama, mereka sangat sensitif dengan isu makanan halal ini.

Ikhwan Distributors SDN BHD



Ia adalah bahagian pemasaran barang-barang keluaran GISB Holdings Sdn Bhd. Segala produk-produk halal yang dihasilkan oleh GISB Holdings diedarkan ke seluruh tempat melalui Ikhwan Distributors Sdn Bhd. Di antara produk makanan halal yang dipasarkan seperti kicap, cili sos, tomato sos, sos tiram, ubat gigi, sabun pencuci pinggan dan lain-lain.

Ikhwan Motivation SDN BHD



Ia mengendalikan khidmat kursus-kursus motivasi dari peringkat anak-anak sekolah, staf syarikat, pegawai-pegawai syarikat swasta dan kerajaan. Menganjurkan khemah ibadah, rehlah dan ziarah sambil member motivasi. Ia juga memberi khidmat kaunseling kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, bimbingan dan panduan dalam menghadapi masalah kehidupan dunia dan akhirat.

Ikhdwan Media & Event SDN BHD



Ia menyediakan hiburan yang mendidik manusia agar mereka kenal, takut dan cinta Tuhan. Mengajak manusia rindu Rasul dan berkasih sayang sesama manusia. Di bawah Ikhwan Media & Event Sdn Bhd juga terdapat TV Nur Muhammad, persembahan kebudayaan di serata dunia dengan Kumpulan Generasi Harapan (dari satu ayah dan 4 ibu). Mereka mempersembahkan lagu-lagu, tarian dan sketsa untuk mengembalikan manusia kepada Tuhan. Mereka mengketengahkan hiburan yang canggih dan terkini yang digunapakai dalam dunia hiburan di sudut penataan cahaya, alat-alat perkusi, melodi lagu, peralatan pentas, pakaian, tarian dan lain-lain. Namun yang utama, Allah dan Rasul yang dibesarkan dalam hiburan tersebut.

Ikhwan Medicare SDN BHD


Ia terdiri dari rangkaian klinik pesakit luar, klinik bersalin, Pusat Rawatan Ikhwan untuk sakit seperti sihir, gangguan, santau dan lain-lain, Klinik Gigi, Pusat Rawatan Homeopathy dan Health Shoppe. Klinik-klinik ini terdapat beberapa negeri di Malaysia.
Pegawai Perubatan dan Doktor-doktor yang berkhidmat di bawah Ikhwan Medicare Sdn Bhd ini terdiri dari tenaga-tenaga pakar yang berpengalaman. Mereka bukan saja pakar di bidang rawatan tapi mereka adalah pegawai-pegawai perubatan dan doktor yang membawa pesakit kepada cinta dan takut Tuhan serta rindu Rasul dalam sakit yang Tuhan beri padamereka.


Ref:

Video GISB HOLDINGS SDN BHD



Referensi:

Majlis Pelupusan Bahan Menyalahi Fatwa GISB HOLDING



Terima kasih Tuhan atas segalanya!! Rupanya di sebalik pelbagai tangapan manusia, Majlis Sambutan Aidil Adha GISB Holding - sekaligus Acara Pelupusan Bahan Menyalahi Fatwa dapat berjalan lancar pada pagi tadi. Kehadiran Yang Berbahagia SahibusSaadah Dato' Haji Marzuki Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan para pegawai kanan JAIS serta Ketua Polis Balai, Balai Polis Rawang, Tuan Inspektor Abdul Raheem Eliyas mewakili PDRM serta para pegawainya menjadikan majlis tersebut sangat bermakna.
Rata-rata tetamu yang hadir mengakui, majlis tersebut di lihat sangat berjaya, lancar dan tersusun kemas. Tuhanlah yang melakukan semuanya kerana orang tidak tahu perancangan GISB Holding biasanya mudah dan ringkas. Persiapan bagi majlis sedemikian tidak perlukan mesyuarat demi mesyuarat, perancangan demi perancangan berminggu-minggu. Apa yang penting kesatuan hati dan penyerahan diri kepada Allah SWT untuk mencatur setiap hati yang terlibat. Hasilnya ialah kesamaan buah fikiran, keserasian cara bertindak dan ketaatan semua pihak dalam menjayakan hasrat pimpinan. 
Kos majlis tadi pun jika dilihat pada kecanggihan khemah besar yang dipasang, hiasan, sistem suara, pentas, persembahan Generasi Harapan, set kerusi meja serta katering yang disediakan menggambarkan besarnya belanja yang GISB telah keluarkan. Tetapi, harga atau kos sebanyak mana pun tidaklah dapat dibandingkan dengan 'mahalnya' hakikat majlis tadi di sisi Tuhan dan orang-orang yang mencari kebenaran. 

Berbalik pada majlis yang bermula agak lewat - 10.30pagi dan berakhir 12.30 tengahari tadi, ianya menjadi satu majlis kemuncak bagi satu proses yang panjang. Jika diukur usia jemaah Al-Arqam - seperti yang disebut Dato' Haji Marzuki - sudah lebih 40 tahun pihak kerajaan memantau pergerakan Darul Arqam, Rufaqa' dan GISB. Sepanjang tempuh tersebut, pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk memastikan kewujudan jemaah sebegini memenuhi inspirasi negara. 

Apa yang telah berlaku selama ini telah menjadi sejarah. Jika sejarahnya selama ini dianggap titik hitam, maka pengisytiharan dan taubat  untuk kembali kepada kehendak Fatwa oleh GISB, membuka lembaran baru yang diharapkan dapat membahagiakan semua pihak. Majlis yang dihadiri oleh Dato' Haji Marzuki dan Tuan Abdul Raheem tadi menjadi penanda aras  kesungguhan kerajaan menyambut hasrat murni GISB yang sekarang diterajui Puan Ibu Hatijah sendiri. 

Pak Lang ternanti-nanti bagaimana respon semua tamu ketika Puan Ibu Hatijah Aam tampil ke pentas diiringi Puan Fauziah dan Puan Dr Azalina untuk berucap. Memang Pak Lang menyaksikan hadirin terpaku mengikuti suara hati Pengerusi Eksekutif GISB HOLDING itu. Pak Lang sendiri teruja menyedari format penyampaian yang sedemikian. Ianya adalah luahan kata-kata yang benar-benar terbit dari hati beliau dan terasa seperti air sejuk yang membasahi hati-hati yang hadir. Ada kesegaran pada intipati kata-katanya dan ada ketulusan dalam butir bicaranya. 
Puan Ibu Hatijah memilih berucap dengan formatnya bermunajat kepada Tuhannya. Itulah luahan hatinya yang sangat menjiwai keagungan dan kebesaran Tuhan maha pencipta. Format ini menjadikan hati-hati semua yang hadir melhat persoalan yang diluahkan itu secara mendalam jauh ke hati masing-masing. Secara fitrah semula jadi, sesiapa pun jika diajak berbicara dengan Tuhan, dia akan tersentuh dan terasa bagaikan luahan yang didengar, itulah juga luahan hatinya. 

Hasilnya ialah dewan jadi sunyi dan tenang menghayati butiran kata-kata beliau. Ada tamu yang tunduk sambil mengesat air mata. Bahkan semuanya terkesan dengan apa yang Puan Ibu luahkan. Orang tahu bukan mudah mengaku salah, bukan senang mengaku tersalah dan tersilap tetapi bagi orang yang mengutamakan Tuhan, hal sebegitu tidaklah sesukar dan sesulit manapun. Bahkan tidaklah terhina orang yang mengaku salah kerana bukankah hamba Tuhan itu sentiasa rasa bersalah!! Hamba yang jujur dengan Tuhan akan selalu menghina diri di depan Tuhannya. Itulah kebahagiaannya. 
Orang dunia melihat ketundukan Puan Ibu dan GISB menerima fatwa sebagai kekalahan atau menjatuhkan harga diri sedangkan orang-orang Tuhan melihat sebaliknya. Orang-orang yang dekat dengan Tuhan melihat sesuatu dari pandangan Tuhan bukannya melihat dari sudut nafsu yang ego dan sombong. Orang yang tunduk dan merasa hamba, mengaku salah dan berdosa, itulah nilai hamba di sisi Tuhan.
Kata-kata Dato Haji Marzuki yang berucap kemudiannya sangat bererti dan berharga. Ia menjadi penawar yang sangat menginsafkan. Beliau mengingatkan hadirin, sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari salah dan silap. Sebaik-baik orang yang tersilap ialah mereka yang bertaubat dan kembali kepada Allah.  Menariknya ucapan beliau kerana penuh dengan nada memberi dorongan dan pengharapan. 
Detik demi detik yang dilepasi beliau dalam ucapannya adalah berbagai kejutan positif ke arah terbukanya ruang kerjasama antara JAIS dan GISB HOLDING. Ternyata beliau sangat terbuka dan menyatakan hal-hal yang senada dengan ucapan Puan Ibu Hatijah - suatu yang Pak Lang yakin, itulah apa yang ada di hatinya selama ini terhadap GISB.

Kesimpulannya majlis tadi berjaya mengikat hati-hati semua yang hadir dalam satu niat ke arah menjayakan hasrat masyarakat dan negara tercinta. GISB HOLDING, JAIS dan PDRM - sudah dapat bertemu dalam satu majlis rasmi - suatu yang sangat mustahil untuk difikirkan akan berlaku tetapi Tuhan telah lakukannya pada hari ini. 

Halangan dan cabaran dalam perjalanan baru ini pastilah ada. Atas nama keinsafan dan taubat, Puan Ibu Hatijah telah membawa kami di dalam GISB HOLDING ke suatu era yang sebegini rupa. Tentulah cabarannya makin hebat dan besar. Walau bagaimanapun, bukankah kehidupan perjuangan kami di GISB selama ini sentiasa diulit kesulitan, cabaran dan halangan? Tuhan menghendaki kami menempuhnya dan merasainya bertahap-tahap. 
Jika sebelum ini dalam kepayahan dan kesulitan - semenjak Abuya meninggal dunia, Puan Ibu Hatijah sudah membuktikan GISB sudah sampai ke seluruh dunia, bayangkan situasinya sekarang. Halangan tetaplah ada kerana nafsu syaitan akan terus berebut untuk menguasai diri. Apa yang penting, semakin lama kita hidup semakin kita sedar kematian bila-bila masa akan datang menjemput kita. Kita semakin dekat dengan persoalan Mungkar Nangkir. 
Ingatan kepada kematian sepatutnya menginsafkan kami dalam menghadapi era baru yang sebegini rupa iaitu bekerjasama dengan pihak yang sebelum ini kami jauhi!! Semoga masyarakat dapat bersabar dan mendoakan kami untuk bersama Puan Ibu Hatujah merealisasikan apa yang telah diungkapkannya tadi. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allah Akbar Walillahil Hamd!!

Referensi:

Lazatnya Muffin Ikhwan




Salam ceria,
Di Segambut, selain dari pasaraya yang berwibawa, food court dengan ubi rebus dan ikan keringnya, butik Nur Muhammad yang membekalkan pakaian Islam terkini, ada projek terkini GISB Holdings Sdn Bhd iaitu bakeri yang mengeluarkan ‘Muffin Ikhwan’ pelbagai perisa.
Dah 4 kali anjang ke sana. Melihat sendiri bagaimana proses pembuatan muffin oleh pekerja asal bakeri tersebut dibantu oleh staf-staf GISB yang sedang belajar menguasai ilmu penyediaan muffin yang enak. Oleh kerana ia disediakan dengan menggunakan tepung separa siap dan oven berteknologi tinggi, terdapat beberapa kelebihan muffin di sini.
Pilihan di tangan anda
Pilihan di tangan anda
  • Penyediaannya cepat kerana tepungnya hanya perlu dicampur dengan telur, minyak, air dan serbuk penaik.
  • Oven boleh membakar 720 biji muffin dengan sekali bakar sahaja. Oleh itu jika ada ‘order’ 1500 biji muffin untuk kenduri kahwin umpamanya, hanya perlu 2 kali bakar sahaja.
  • Muffin hanya memerlukan masa selama 24 minit sahaja untuk masak.
  • Masaknya sekata kerana muffin di dalam tray dan rak bertingkat sentiasa berputar dalam oven seperti piring di dalam ‘micro wave’ dengan kepanasan 180 darjah Celsius. Kawan-kawan kata, boleh buat mandi sauna. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ. Nak bakar kambing pun senang je guna oven ni.
  • Rasanya ‘standard’, samarata tak terlalu manis atau kurang kerana menggunakan tepung yang khusus tidak berisiko mempunyai rasa berbeza akibat bancuhan yang berbeza. Oleh itu jika kita makan muffin yang dibuat dari tepung yang sama di hotel-hotel seluruh dunia, rasanya tetap sama. Tepung yang diimport dari Belgium ini memang digunakan di merata dunia di bakeri-bakeri dan dapur hotel terkenal.
Muffin iii
Semua di atas masih merupakan maklumat yang biasa, ada info yang lebih menarik dari itu untuk dikongsi dengan pembaca. Apabila menghidangkan muffin di waktu pagi atau minum petang atau disediakan sebagai ole-ole kepada jemputan yang datang ke majlis perkahwinan, kenduri kendara juga sebagai buah tangan ketika menziarahi orang sakit, apa yang paling penting kita fikirkan? Sudah tentu sebagai seorang muslim, kita pentingkan ianya halal dan berkat. Mudah ke untuk mendapatkan makanan yang benar-benar halal 100%? Lebih-lebih lagi, mudah ke kita perolehi makanan yang berkat?
Anjang sudah melawat beberapa kilang makanan milik umat Islam yang mendakwa makanannya halal tetapi bila diteliti tidak seperti yang didakwa. Yang paling selalu berlaku ialah tidak membasuh telur ketika penyediaan makanan. Semua kita maklum telur yang kita beli sudah ‘confirm’ bernajis kerana ia keluar melalui dubur ayam. Ada ke ayam yang pandai ‘istinja’. Ia wajib dibasuh sebelum memecahkannya ke dalam bancuhan supaya najis tidak bercampur dengan adunan kuih dsb. Tetapi apa yang berlaku, ramai yang tidak membasuhnya kerana:
IMG_00005500
  • Jahil, tak tahu menahu yang ia perlu dibasuh. Bila nampak bersih, dia fikir suci.
  • Membasuh telur jika sebiji mudah dan pendek masanya tetapi bila 1000-2000 biji maka ia memerlukan masa yang panjang dan banyak air. Orang bisnes tak mahu kos berlebihan.
  • Risiko telur pecah ketika dibasuh tinggi, oleh itu, ramai yang enggan membasuhnya.
  • Ada juga yang separuh pandai, basuh telur tetapi kemudian letakkan semula telur yang basah ke dalam sarangnya yang bernajis. Telur itu kembali bernajis.
Tray
Al hasil makanan yang dijual adalah tidak suci. Bila tidak suci ia tidak halal. Haram dimakan. Jika dimakan juga menggelapkan hati kerana hati ditempa dari apa yang kita makan. Jika hati gelap, implikasinya sukar menerima kebenaran. Perkara yang benar dikata salah, yang salah dikata benar.
Jadi haram bukan hanya kerana muffin itu dicampur alkohol atau ada bahan yang digunakan diambil dari unsur babi seperti non muslim faham, tetapi ia meliputi cara penyediaanya yang tidak tepat mengikut syara’.
Oleh itu, adakah anda tergamak menjual muffin dll yang nampak cantik, merekah, gebu berperisa coklat, strawberry, cappuccino dll yang sangat menyelerakan tetapi bernajis dan haram? Tergamakkah anda hidangkan kepada 1000 orang tetamu majlis perkahwinan anak anda atau sebagai ole-ole untuk anak-anak mereka sesuatu yang menggelapkan hati nurani mereka? Sanggupkah anda membawa buah tangan kepada seorang kawan yang terlantar sakit di hospital makanan yang bernajis? Eeeiih, tak sanggup anjang.
Di bakeri ikhwan, insyaAllah makanan yang disediakan adalah terjamin suci dan bersih. Bukan itu sahaja, malah semua staf bakeri Ikhwan adalah beragama Islam dan mendirikan sembahyang. Mereka dididik untuk memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW untuk memupuk rindu kepada baginda di hari hadis baginda pun sudah ada orang yang berani menentangnya. Agar dapat perasaan rindu serindu-rindunya terhadap kekasih Allah. Malam hari mereka didisipilinkan dengan bangun malam seperti solat tahajjud, hajat dan witir. Moga-moga dapat perasaan takut setakut takutnya pada Allah. Kalau beginilah dasar projek di GISB dan ia dapat dipertahankan, insyaAllah makanan yang dihasilkan adalah halal dan berkat.
Dah kempen sakan ni, korang tak nak ‘order’ ke muffin Ikhwan? Sedap oooi! Anjang dah rasa. Masa tu panas-panas lagi. Lembut, sederhana manis, gebu, teksturnya cantik… rasanya, perghhh!!! memang sedap. Jangan mudah percaya! Cubalah sendiri. Dr Aziz Hashim, Ayah Rahim Pf, Dr Zai, Dr Yatie, En Nassir PJ, Kak Jat and family, Hj Kuddus, Hj Johari D’Arash, Dr Siti, UFO, En Hamdan Abu, En Megat Jiwa, DRY, Imam Ghazali, Abu Mubarak, Anas Kelate, Roslani, En Zaimus, Tn Safiri, Pak M, Dr Norli, Abd Jalil ZPE, Dr (H) Shahariman MH, Jimat Sabah, USU, Puan Naimah, Faizal Muo, Chek Khairil Bt Pahat, Ubai dan Min, AMT, Raman Sony, Ibrahim Wonosobo, Ilfi Rahmi, Dzul Komposer, En Tengku Azhar, Us Junaid Sandakan, Kak Zura Turki, Abil Mekah, En Fateh, Pak Hendra dll kena rasa muffin Ikhwan ni. Kena sokong produk kita… Allahu Akbar!
Siapp!!
Siapp!!
Amat sesuai untuk:
  • Buah tangan majlis perkahwinan
  • Jamuan majlis harijadi
  • Majlis perpisahan
  • Kenduri aruah
  • Buah tangan ziarahi orang sakit
  • Sarapan
  • Minum petang dll
Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:
Hp: 018-9525226 (Puan Juwairiah Abdul)
Ampun maaf.
DQ, Irbid, Jordan.
1.46pm, Feb 26, 2014

“SOKONGLAH PRODUK GISB DEMI MEMBELA ALLAH DAN RASUL!”

Referensi: http://anjangmuor.com/2014/02/26/lazatnya-muffin-ikhwan/

Balu pengasas Al-Arqam sedia berdebat dengan Kassim Ahmad


PETALING JAYA: Balu kepada pengasas kumpulan Al-Arqam, Hatijah Aam sedia berdebat dengan penulis dan sarjana kontroversi Dr Kassim Ahmad berhubung dengan kontroversi anti-hadis yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian pada 15 dan 16 Februari lalu.

Menurut Hatijah, golongan anti-hadis ini sebenarnya adalah anti-Tuhan.

"Jikalau saya diberi peluang dan kebenaran untuk berdebat dengan Dr Kassim Ahmad mengenai isu ini, saya hendak sahaja. Walaupun saya tiada hujah, saya hendak katakan disini bahawa saya ada Nabi dan biarlah orang lain melihat bahawa masih lagi ada orang yang tetap mempertahankan Nabi Muhammad SAW," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Petaling Jaya.

Beliau terpanggil untuk membuat kenyataan mempertahankan kesucian dan kemurnian agama Islam setelah muncul kenyataan-kenyataan berkaitan isu agama daripada para pembentang kertas kerja seminar tersebut yang antaranya.

  • Mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhamad S.A.W.
  • Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekehkan wanita yang berhijab.
  • Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.
  • Mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi'e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadis sebagai satu sumber hukum sama seperti Al-Quran.
  • Mentafsirkan semula Al-Quran berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu.
  • Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir Al-Quran bagi menggantikan hadis.
  • Cadangan membuat surat untuk memohon pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad.

Hatijah yang juga Pengerusi Eksekutif Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd menambah, Allah S.W.T telah melantik pesuruh-Nya iaitu Nabi Muhammad S.A.W dan ianya bukan hanya terdapat dalam hadis namun sudah tertulis dalam Al-Quran seperti yang disebutkan di awal Surah Al-Fath, ayat 29 "Muhammad itu adalah utusan Allah (pesuruh Allah)..."

"Golongan anti-hadis ini sebenarnya adalah anti-Tuhan! Allah yang melantik Rasul untuk menerima wahyu yang dibawa oleh Malaikat Jibril. Malah Allah juga menegaskan dalam Al-Quran bahawa Baginda terpelihara daripada sebarang kesilapan. Firman Allah "Dan tidaklah dia (Muhammad) itu berbicara dari hawa nafsunya, tidaklah yang diucapkan itu melainkan wahyu yang diwahyukan kepada (Surah An-Najm, ayat 2-3),".

Hatijah menerangkan lagi Rasul itu bukan sahaja sumbernya hadis tetapi Al-Quran yang diturunkan kepadanya.

"Siapa menolak hadis hakikatnya menolak Al-Quran, siapa menolak Nabi Muhammad ertinya menolak sesuatu yang datang dari Tuhan! dan Allah telah menegaskan hal ini dalam Al-Quran "Apa sahaja yang dibawa oleh Rasul untuk kamu, maka ambillah dan apa sahaja yang dilarang, maka tinggalkanlah" (Surah Al-Hasyar, ayat 7).

Tambahnya lagi, terputusnya hubungan umat Islam dengan Nabi mereka maka ianya juga bermakna memutuskan hubungan hamba dengan Tuhannya.

“Apabila Dr Kassim ikut memperjuangkan ajaran anti-hadis ini, tanpa sedar dia telah memperjuangkan ajaran Yahudi dan telah melakukan dosa besar vkerana membawa orang lain dan mempengaruhi orang lain untuk menolak hadis,”.

Hatijah berkata Dr Kassim menyangka boleh terus berhubungan dengan Tuhan tanpa Nabi. “Sedangkan untuk syarat sah seseorang Islam itu perlu menerima Allah dan mengakui adanya Nabi dan inilah yang kita lakukan ketika mengucap dua kalimah syahadah. Nabi tidak boleh diketepikan jika kita mahu mendapatkan Allah

Ajaran anti-hadis ini menolak keaslian hadis kerana dikatakan tiada jaminan hadis-hadis itu daripada dipalsukan.

“Itulah sebenarnya dakwaan mereka, walhal Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W menjamin bahawa syaitan tidak boleh menyerupai Nabi dan meubah segala perbuatan Rasulullah S.A.W ketika hayatnya. Ertinya disini, tiada siapa yang boleh menidakkan Nabi. Islam amat memerlukan Nabi dan tanpa Nabi bermakna Islam itu tiada “Sesungguhnya pada diri Rasulullah S.A.W itu suri tauladan (contoh ikutan) bagi kamu semua..” (Surah Al-Ahzab, ayat 21)”.

Beliau mempersoalkan Dr Kassim bahawa adakah kekuatan yang setaraf Nabi sehinggakan Dr Kassim sanggup mencabar hadis-hadis Nabi dan penghulu bagi nabi-nabi .

“Berani sungguh Dr Kassim mempersoalkan Allah S.W.T dalam melantik Nabi Muhammad S.A.W sebagai pesuruh-Nya dan kita menyeru pihak berwajib agar mengambil tindakana terhadap Dr Kassim sekiranya dia (Kassim) masih enggan untuk bertaubat,” katanya lagi.



Referensi:

Ucapan PE GISB Holdings Sdn Bhd, Puan Ibu Hatijah Aam sempena Sambutan Ma’al Hijrah di Kedah



Referensi:

Ucapan Pengerusi Eksekutif GISB Holdings di Majlis Kesyukuran

UCAPAN PENGERUSI EKSEKUTIF GISB HOLDINGS DI MAJLIS KESYUKURAN DAN PERASMIAN PEJABAT URUSAN GISB HOLDINGS SDN BHD 10hb Muharram 1435H



(Khamis 14hb Nov 2013)

Menelurusi perjalanan Allah dan RasulNya atas nama Islam rupa-rupanya adalah satu perjuangan yang wajib atau tidak boleh tidak oleh orang Islam! Maknanya orang Islam yang tidak memperjuangkan Al-Quran dan Hadis untuk membuatkan Allah dan Rasul ditakuti dan dirindui di seluruh dunia ialah orang-orang yang berdosa. Haram hukumnya! Mengapa?
Sebab mengucap dua kalimah syahadah itu bermakna kita mengatakan kepada Allah dan RasulNya bahawa kita terlalu takut dan rindu pada keduanya!
Maka kita pun tidak mampu lagi melupakan mereka! Kita pasti taat setaat-taatnya dan sentiasa terkenang-kenangkan kedua-duanya. Allah dan Rasul di hati bukan di mulut! Macam hati kita begitu mendalam rasanya kepada kedua ibubapa, anak-anak, isteri-isteri dan suami! Maka dengan Allah dan Rasul lebih-lebih lagilah! Rasa cinta begitu mencengkam di dada terhadap Tuhan dan Nabi yang kita yakini itu,
Sungguh Allah dan Rasul itu pun sangat-sangatlah cinta dan rindukan kita pula! Mereka berdua tidak pernah tidak ingat pada kita! Allah dan Rasul bahkan menanti-nanti dan menunggu-nunggu rindu dan ingatan kita pada mereka! Mereka berdua tidak tidur, tidak lena untuk kita! Umpama ibubapa yang sanggup berjaga malam untuk uruskan bayi mereka, namun Allah dan Rasul lebih dari itu terhadap kita di sepanjang umur kita!
Maka orang Islam itu hebatnya kerana mempunyai Tuhan dan Nabi di hati dalam keadaan mata tidak mampu melihat. Sungguh, justru itulah hati akan jadi cukup bercahaya untuk mampu merasai sentuhan Maha Kasih Sayangnya Allah dan Rasul itu pada diri-diri mereka!
Sungguh orang Islam jauh lebih tinggi dari orang-orang bukan Islam, kerana mempunyai hubungan cinta mendalam dengan kuasa pencipta dan penjaga langit dan bumi. Dalam apa sahaja keadaan orang Islam dapat rasakan Allah dan Rasul sentiasa bersama mereka! Orang Islam tidak pernah rasa keseorangan kerana amat-amat yakin dan merasakan Allah dan Rasul itu sentiasa bersama mereka untuk menjaga dan menolong setiap saatnya.
GISB Holdings ini kini berada di banyak negara-negara di dunia atas nama Melayu Islam yang berdikari tanpa berhutang dengan bank dan tanpa berhutang dengan sesiapa juga! Kenapa?
Sebab Allah dan Rasul itulah pemodal! Merekalah modal untuk apa juga urusan hidup. Dalam keperluan politik, sosial, budaya, ekonomi, kesihatan, kebajikan, kekeluargaan, sukan, pentadbiran, kewangan, perhubungan dan lain-lain serba-serbi kehidupan! Allah dan Rasul melalui Al-Quran dan Hadis telah berjanji bahawa di tangan merekalah kemenangan untuk umat Islam akan berlaku! Sedangkan umat bukan Islam, Allah dan Rasul tidak menjanjikan apa-apa untuk dunia dan akhirat, melainkan kecelakaan! Lihat dunia dalam tangan yahudi, mana ada keamanan dan kemakmuran! Cuma kesenangan dunia yang menipu daya yang mereka perolehi.
GISB Holdings Sdn Bhd sempena tahun baru ini berazam untuk terus menambah takut dan rindu pada Allah dan Rasul supaya segala-gala yang Allah janjikan untuk orang yang bertakwa itu kami kecapi.

Sekian, Wassalam.



Sumber: http://anjangmuor.com/2013/11/14/ucapan-pengerusi-eksekutif-gisb-holdings-di-majlis-kesyukuran-dan-perasmian-pejabat-urusan-gisb-holdings-sdn-bhd-10hb-muharram-1435h-khamis-14hb-nov-2013/

Jawapan Kepada Dr Kasim Ahmad yang Anti-Hadis



KENYATAAN AKHBAR OLEH: Dato' Hatijah Aam
Pengerusi Eksekutif GISB HOLDINGS

Allah SWT telah melantik PesuruhNya, Nabi Muhammad SAW. Hal ini bukan hanya ada di dalam hadis bahkan di dalam Al Quran seperti yang Allah sebutkan di awal Surah Al-Fath: "Muhammad itu adalah utusan Allah (pesuruh Allah)....." (Sila rujuk Surah Al Fath, ayat 29)
Allah yang menetapkan bahawa di dalam kerajaan Allah itu ada petugas-petugas yang cukup ramai dari kalangan malaikat, jin dan manusia! Alam ini diciptakan sesudah diciptakan makhluk pertama iaitu Nur Muhammad! Nabi Adam selaku jasad pertama manusia itu diciptakan hanya sesudah penciptaan Cahaya Muhammad itu! Ini ialah aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia! (Sila rujuk e-Fatwa / JAKIM - Tarikh Keputusan: 22 Jan, 2002).
Golongan anti-hadis, sebenarnya anti-Tuhan! Sebab Allah lah yang melantik Rasul untuk menerima wahyu yang dibawa oleh Malaikat Jibrail! Terhadap Nabi Muhammad, Allah menegaskan di dalam Al-Quran betapa Baginda terpelihara daripada sebarang kesilapan. Firman Allah yang bererti: "Dan tidaklah dia (Muhammad) itu berbicara dari hawa nafsunya, tidaklah yang diucapkannya itu melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya." (Surah An-Najm: ayat 2-3)
Rasul itu bukan sahaja sumber hadis, tapi Al- Quran itu diturunkan padanya! Siapa menolak hadis hakikatnya menolak Al Quran! Siapa menolak Nabi Muhammad ertinya menolak sesuatu yang datang dari Tuhan! Allah tegaskan hal ini dalam Al-Quran yang bererti, "Apa saja yang dibawa oleh rasul untuk kamu maka ambillah, dan apa saja yang dia larang, maka tinggalkanlah." (Surah Al-Hasyr: ayat 7)
Dr Kasim tentulah tahu musuh Allah yang sangat menentang Allah dan Rasul ialah Yahudi. Bukankah Al-Quran telah mengingatkan kita tentang hal ini dalam Surah Al-Baqarah yang bererti: "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap kamu (umat Islam) sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Surah Al Baqarah: Ayat 120).
Kerja-kerja menolak Allah dan Rasul serta menolak Quran dan Hadis ini tidak lain tidak bukan ialah ajaran ciptaan Yahudi! Allah melaknatinya! Natijahnya ialah terputusnya hubungan umat Islam dengan Nabi mereka. Ianya juga memutuskan hubungan hamba dengan Tuhannya! Ertinya bila Dr Kasim ikut memperjuangkan ajaran anti-hadis ini, tanpa sedar dia sebenarnya memperjuangkan ajaran Yahudi! Maka dia tetaplah bersalah! Dia telah melakukan dosa besar kerana membawa orang lain dan mempengaruhi orang lain untuk menolak hadis!
Dr Kasim Ahmad melakukan kesalahan besar kerana menyangka boleh terus dengan Tuhan tanpa Nabi. Sedangkan untuk sah Islam seseorang perlu terima Allah dan akui ada Nabi. Inilah maksud kita mengucap dua kalimah syahadah. Nabi tidak boleh diketepikan jika kita mahu mendapatkan Tuhan. Sedangkan dalam sembahyang kita terlalu perlukan Nabi untuk menjaga dan membawa hati kepada Allah! Apakah Dr Kasim ini sepanjang sembahyangnya mampu khusyuk sekhuyuk-khuyuknya tanpa ditolong Nabi! Sedangkan nafsu syaitan setiap saat berusaha untuk lalaikan manusia dari Tuhan sekalipun dalam sembahyang. Nabi sebenarnya terlalu diperlukan dalam hidup sama seperti perlunya Allah dalam kehidupan. Dr Kasim kalau memanggil Allah untuk menolong ketika dalam kesusahan, bukankah Nabi yang melakukan itu untuk Dr? Sebab Nabi itulah yang diciptakan Allah untuk menangkis nafsu syaitan yang mahu menerakakan manusia!
Kalau Dr Kasim kata dia tidak perlukan Nabi dan hadis Nabi dalam hidupnya selaku seorang Islam, ertinya beliau berkata sahabat-sahabat sahaja pun cukup untuk selamatkan dunia jahiliyah dengan Islam.
Kalau begitu apakah Dr Kasim sahaja pun cukup untuk selamatkan dunia ini dengan Islam? Adakah Nabi tidak diperlukan? Padahal semua hadis Nabi itu ialah huraian-huraian untuk membentuk Al-Quran menjadi sebuah cara hidup Islam! Empayar Islam dapat ditegakkan, untuk kita pun dapat jadi seorang Islam, adalah oleh Nabi Muhammad dan hadis-hadisnya. Tanpa Nabi Muhammad dan hadis-hadisnya, sahabat sendiri pun tidak mampu realitikan Al-Quran di dalam kehidupan! Bukankah Nabi Muhammad itu diutuskan untuk menjelaskan kehendak Al-Quran seperti firmanNya yang bererti, "Kami turunkan kepada engkau (Muhammad) peringatan iaitu al-Qur'an), supaya engkau TERANGKAN kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, mudah-mudahan mereka memikirkannya" (Surah An-Nahl, ayat 44).
Dr Kasim tentu tahu akan hal Nabi Muhammad SAW itu kini dengan Quran dan Hadis sedang melakukan kebangkitan Islam kali kedua yang dijanjikan kepada umatnya! Bahkan Baginda itu bukan sahaja sedang jadi Nabi di dunia ini sampai kiamat! Bahkan di Padang Mahsyar nanti pun tetap berperanan memberi syafaat untuk orang-orang beriman. Demikianlah besarnya peranan seorang Nabi di waktu nabi-nabi lain pun sudah tidak mampu membantu.
Ajaran anti-hadis konon bimbang keaslian hadis kerana tiada jaminan hadis-hadis itu daripada dipalsukan. Itulah dakwaan mereka, padahal Allah dan Rasul menjamin bahawa syaitan tidak boleh menyerupai Nabi! Apalagi untuk merubah segala perbuatan Rasul SAW ketika hayatnya. Ertinya tiada siapa yang boleh menidakkan Nabi. Islam amat perlukan Nabi. Tanpa Nabi maknanya Islam tiada! "Sesunggguhnya pada diri Rasulullah itu suri tauladan (contoh ikutan) bagi kamu semua..." (Surah Al-Ahzab: ayat 21).
Kita melaungkan azan sebelum sembahyang itu ialah untuk isytihar kita ada Nabi yang sedang berperanan! Azan itu bukannya hanya untuk orang-orang yang hidup sezaman Nabi! Jadi Nabi kita Muhammad SAW itu sedang berperanan walaupun selepas wafatnya! Ertinya hadis-hadis Nabi itu sedang sangat dilaksanakan dan dipertahankan oleh Baginda Nabi SAW sendiri! Maknanya Baginda sedang memperjuangkan agar hadis-hadis itu semuanya dihidupkan semula dalam kehidupan umat Islam waktu ini sampai kiamat sebagai sistem hidup bertaraf empayar.
Apakah Dr Kasim rasa ada kekuatan setaraf Nabi, maka sanggup mencabar hadis-hadis Nabi dan penghulu bagi nabi-nabi itu? Beraninya Dr Kasim dengan Allah SWT, tuan punya alam yang melantik Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruhNya?
Kalau Dr Kasim Ahmad tidak mahu juga bertaubat, maka kalau benar kita hendak selamatkan Islam, hendak selamatkan umat Islam agar tidak diputuskan dengan Nabi, pihak berwajib wajiblah membuat apa-apa yang perlu untuk musuh Nabi Muhammad ini!
Wahai umat Islam khususnya Dr Kasim Ahmad, Marilah kita rindui Nabi kita agar Baginda sudi menerima kita sebagai umatnya. Ketika di Padang Mahsyar nanti, tolonglah syafaatkan kami wahai Nabi yang kami rindu!! Sekian.

Sumber: http://web.gisbholdings.com/v1/9-berita/8-jawapan-kepada-dr-kasim-ahmad-yang-anti-hadis

Sunday 25 May 2014

Sedikit Coretan Hasil Kursus Pemantapan Akidah

Yang Berbahagia Puan Ibu Hatijah Aam
Sejak kembalinya para kepimpinan Syarikat GISB Holdings dari kursus di Jelebu selama dua minggu itu, saya telah beberapa kali berpeluang menghadiri majlis penerangan yang disampaikan kepada para pekerja GISB Holdings. Menyelinap masuk di kalangan mereka adalah suatu yang mudah, kerana bekas-bekas anggota jemaah Global Ikhwan ini tiada bezanya cara berpakaian dengan masyarakat umum, terutama yang wanita. Ini antara coretan yang saya sempat catatkan.
1) Untuk menghadiri majlis penerangan yang diadakan di Segambut, Kuala Lumpur pada suatu hari, saya bertolak dari Shah Alam dengan menumpang kereta rakan pekerja tetap Syarikat GISB Holdings sekitar jam 6.30 petang, sebab majlis bermula sekitar jam 9.00 malam. Kebiasaan amalan anggota bekas jemaah adalah mereka akan bersolat jamak Maghrib dan Isyak setibanya di Segambut kerana masalah kesesakan jalanraya akan menyebabkan terluputnya waktu Maghrib di perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa 30-36 minit (info Google Maps) boleh menjadi hampir 2 jam atau lebih kerana masalah kesesakan, kalau ikut highway dengan tempoh selama itu, boleh sahaja kita sampai ke Melaka atau Ipoh. Namun, disebabkan mematuhi fatwa mazhab Imam Syafie yang dianuti majoriti kita, perjalanan kurang dari dua marhalah, walaupun mengambil masa seolah-olah melebihi dua marhalah perjalanan, kami berhenti di surau Kampung Melayu Subang untuk solat Maghrib. Kemudian setibanya di Segambut, kami pun bersolat Isyak (kami tiba setelah solat Isyak berjemaah selesai), sekitar 9.00 malam. Penganjur kursus di Jelebu sangat menekankan mematuhi fatwa yang biasa diamalkan masyarakat awam, terserlah kecintaan mereka, para ulama pada agama Islam, inilah yang wajib diikuti semua peserta kursus. Untungnya Malaysia kerana masih ramai para ulama kita mempertahankan akidah ASWJ. Di sudut feqahnya sangat mempertahankan Mazhab Syafie.

2) Semasa di Jelebu, pihak penganjur yang prihatin, dikeranakan telah mendapat aduan dari team veteran anggota bekas jemaah Arqam yang sudah lama bekerjasama penuh dengan pihak berwajib, maka program menghalau jin (exorcism) telah menjadi satu agenda. Sebelum kursus bermula, program ini menjadi keutamaan supaya segalanya berjalan lancar.
Kamera video siap terpasang untuk dijadikan bahan bukti kepada para anggota Syarikat GISB bahawa dalam keadaan tidak sedar, makhluk-makhluk halus yang didakwa mendampingi mereka akan terserlah.
Program ini dikhaskan selama dua hari supaya cukup masa mengendalikan apa sahaja kemungkinan yang dikhuatiri bakal berlaku. Dan dakwaan yang paling ramai didampingi jin tentulah Ibu Hatijah Aam sendiri. Ustaz pakar yang ditugaskan merawat mengarahkan para peserta supaya jangan membaca apa-apa ayat pendiding. Semua disuruh memejamkan mata. Disebabkan jadual kursus yang padat dan meletihkan, para peserta menutup mata dengan selesa hingga lama kelamaan tertidur sementara set ayat-ayat Ruqyah yang panjang dibacakan hingga tiga kali pusingan. Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku dan ini sangat membuka mata para penganjur yang sangat berpuas hati. Bermakna dakwaan sesetengah pihak itu tidak benar.
3) Paling menakjubkan ialah komitmen para peserta kursus. Biasanya kursus hanya selama sehari, atau 2,3 hari. Kalau seminggu pun seseorang sudah tidak mampu kerana jadualnya terlalu padat. Bermula qiamullail, solat Subuh, kuliah Subuh, riadhah pagi, kuliah sesi pagi, sesi dhuha hingga ke Zohor kemudian makan dan solat; kuliah lagi hingga Asar, solat Asar dan riadhah, makan malam, solat Maghrib, kuliah Maghrib, solat Isya dan kuliah malam higga jam 11 malam. Bukannya calang-calang orang boleh lakukan. Alhamdulilah, para peserta taat menurut perintah penganjur, sangat berdisiplin. Walau Qiam dijadualkan jam pukul 5, tetapi peserta datang awal; sembahyang banyak serta berzikir. Pihak penganjur berpuas hati dengan disiplin peserta.


Cara Menyusun Kasut Yang Tinggal kenangan : sekarang kasut dikehendaki disusun sebagaimana masyarakat awam menyusun kasut.
4) Satu lagi hal yang ditegur para penganjur adalah disiplin menyusun kasut oleh peserta kursus yang menjadi seperti satu identiti bekas-bekas anggota Global Ikhwan. Kebiasaannya, setibanya di satu premis, badan akan dipusingkan untuk membelakangkan premis, dan kasut disusun dengan menghadap keluar. Amalan ini telah dirintis oleh Almarhum Ustaz Ashaari sejak sekian lama. Tujuannya adalah supaya mudah keluar dari premis, terus sarungkan kasut dan pergi. Juga mengelakkan kita terpijak tanah. Tetapi pihak penganjur dengan penuh prihatin menegur amalan ini, kerana ia tidak sesuai diamalkan di surau atau masjid. Sehabis tiba di masjid, seharusnya adab yang baik adalah jangan membelakangkan masjid. Jadi kasut hendaklah disusun dengan bahagian hadapannya menghadap premis. Begitulah telitinya pihak penganjur supaya bekas ahli Global Ikhwan dapat betul-betul bersatu dan tiada beza dengan ahli masyarakat lainnya. Walau adab ini ditegur untuk premis surau atau masjid, sekarang ia diamalkan di semua premis syarikat GISB Holdings, oleh kerana patuhnya.
5) Di Bandar Country Homes Rawang, terdapat sebuah masjid yang dekat dengan penempatan GISB Holdings. Elok sangatlah jika semua masyarakat berkumpul di masjid. Sudahlah masyarakat yang pergi ke masjid kurang, terutama pada waktu Subuh. Lagi pula masyarakat Melayu di kawasan ini minoriti. Sepatutnya tiada surau khas di penempatan bekas anggota Global Ikhwan. Pada waktu solat Zuhur dan Asar, pekerja boleh bersolat di surau kawasan pekerjaan, tetapi azan tidak boleh dikumandangkan. Pada waktu Maghrib dan Isyak, semua pekerja GlSB Holdings diwajibkan mengimarahkan masjid kawasan setempat. Juga amat digalakkan pada waktu Subuh, bawa semua anak  sekali. Hubungan silaturrahim dengan AJK masjid harus menjadi akrab kerana kerap sangat ke masjid, hingga kalau boleh sehingga peringkat dilantik sebagai AJK juga, akibat ukhuwah yang rapat serta saling rindu merindui. Selawat Badawi yang kebiasaannya dikumandangkan setengah jam sebelum Azan juga dilarang dibaca kuat-kuat menggunakan mikrofon, ditakuti didengar masyarakat sekeliling dan mengelirukan mereka. Dengan kata lain, mikrofon di surau penempatan bekas ahli Global Ikhwan sudah sampai masanya disimpan.
image
Selawat Badawi
6) Selain itu ada beberapa istilah yang dilarang digunakan seperti ‘jemaah’ yang digantikan dengan ‘Syarikat’. Perkataan ‘Tuhan’ juga dilarang digunakan, hanya ‘Allah’.
Sumber:

Ucapan Perasmian Pejabat Urusan GISB Holdings Sdn Bhd oleh Dato’ Seri Feardaus Khairuddin pada 10 Muharram 1435H



Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillahirobbil ‘alamin, wosolatu wasalamu ‘ala Saiyidina Muhammadin wa ‘ala aalihi wa sohbihi ajma’ien
Assalamu ‘alaikum Wrt wbt
Yang saya muliakan, yang saya hormati, Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Puan Bonda Hatijah Aam, semua barisan Ahli Lembaga Pengarah GISB Holdings Sdn Bhd, sahabat-sahabat yang saya hormati, yang saya kenali, yang saya kasihi, rakan-rakan, tuan-tuan ibu-ibu, adik-adik yang ada pada majlis yang cukup dirahmati Allah.
Syukur setinggi-tinggi pada Allah Taala yang memberi kita ruang waktu berkumpul pada hari ini untuk kita sama-sama meraikan salah satu lagi kejayaan atas usaha-usaha yang tidak pernah kenal jemu, penat.lelah, bertungkus lumus, memperjuangkan kepentingan mengagungkan Allah swt, mengangkat martabat agama Islam yang dicintai, dan dalam masa yang sama memartabatkan bangsa Melayu kita, di bumi yang bertuah ini, di dunia yang Allah lahirkan kita dengan segala keistimewaan, dengan segala rahmat, dengan segala hidayah, dengan nur dan limpahNya, hari ini kita sama-sama dapat meraikan kejayaan langkah demi langkah, untuk kita memperjuangkan agama hak ini.
Saya rasa amat kagum, saya rasa amat teruja, saya rasa amat berbesar hati apabila hari pertama, saya dapat bersua muka, dapat berintereaksi, dapat berkomunikasi, dapat berbahas, dapat berbicara dengan tidak lain tidak bukan yang dihormati, yg dimuliakan, yang dikasihi pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd.
Saya secara peribadi merasakan bahawa Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd apabila setelah beberapa siri-siri berintreaksi dengan beliau dan kepada jemaah yang ada, di belakang saf beliau, telah beberapa kali saya menyatakan dari segi pandangan ikhlas saya sebenar-benarnya level ataupun tahap duduknya bukan hanya sekadar pengerusi eksektif GISB Holdings Sdn Bhd namun pengerusi eksekutif gisb Sdn Bhd pada hari ini yang saya lihat rata-rata atas pergaulan dengan rakan-rakan di luar sana, beliau mempunyai kedudukan yang sama level dengan jawatan-jawatan menteri yang ada dalam kabinet kita.
Jadi pendekatan beliau, pemikiran beliau sangat saya hormati dan saya segani, di atas bahu beliau yang mendorong perjuangan Abuya yang sebelum ini, yang beliau mewarisi dengan kekuatan tanpa penat lelahnya, maka perlulah semua rakan-rakan, sahabat, jemaah memberikan sokongan, yang sehabis kuat kerana perjuangannya tidak bukan, bukan kerana untuk mengagungkan harta, dunia yang akhirnya dipuja dengan keadaan dihina seperti Qarun tetapi beliau memilih laluan-laluan yang penuh dengan onak, ranjau dan duri yang terpaksa beliau tempuhi.
Sejarah melakarkan perkara-perkara, peristiwa-peristiwa yang berlaku selama tempoh 45 tahun, pembangunan jemaah ini diperjuangkan dengan berlandas paksikan mengagungkan Allah yang Maha Esa, melalui segalanya tetapi beliau tetap berdiri utuh dengan izin Allah swt dan didukung oleh seluruh ahli jemaah, oleh tuan-tuan dan puan-puan yang ada pada hari ini, samada yang ada di saf barisan hadapan, mahupun yang menyokong disaf-saf belakang tetapi kekuatan inilah yang akhirnya mendokong perjuangan beliau perjuangkan segalanya.
Saya memperolehi beberapa komen-komen daripada sahabat-sahabat di luar dan mendapat pandangan-pandangan, mendapat nasihat-nasihat dari beberapa rakan kita di luar,
Yang mana mengenali jemaah ini bukan hanya dari luaran kulitnya tetapi ada diantara mereka yang pernah berintreaksi, ber’debate’, berbahas dengan para jemaah, ada diantara mereka berkesempatan ber’debate’, dengan pelopor, dengan pejuang, atau mursyid yang tak asing lagi Abuya, pernah menyampaikan kepada saya yang kekuatan jemaah ini bukan sekadar, dari segi omong-omongan, bukan sekadar dari segi fatamorgana, namun tetapi kekuatan ini berpaksikan kekuatan taqwa, kekuatan iman, kekuatan kerohanian yang dipasak paksikan di dalam hati mereka denga. tulus ikhlas. Justeru itu langkah mereka, perjuangan mereka, nafas mereka adalah kerana Allah semata-mata.
Disebabkan itu, asakan demi asakan, hentaman demi hentaman, pelbagai cara digunakan kerana kegusaran pihak-pihak tertentu di dalam perkara-perkara terutamanya yang melibatkan sektor-sektor, hubungan-hubungan serta kekuasaan politik itu menjadi kegusaran mereka apabila kekuatan jemaah ini nampak bangunnya namun akhirnya saya bersyukur ke hadrat Allah Taala apabila tanggal 8hb Nov baru-baru ini Jabatan Agama Islam sejurus dengan itu menjadikan laluan penerimaan maknanya itu bukannya perakuan semata-mata daripada jemaah pasukan GISB Holdings terhadap susunatur, susurjalur dan akuan kepada jabatan Agama Islam, namun tetapi saya melihat dari prepektif yang berbeza, ini adalah kemenangan.
Jadi jesteru itu saya melihat satu persatu saya mengupas setiap inci perjalanan yang saya lalui bersama jemaah beberapa siri-siri dalam masa terdekat terbaru ini saya melihatnya sebagai satu kekuatan yang amat cukup berbeza dan dalam masa yang sama majlis pada pagi ini bukan hanya sekadar merasmikan, bukan hanya sekadar pada hemah saya, kita menjulang kemenangan, bukan hanya sekadar untuk kita melihat bahawa satu lagi langkah perjuangan yang kita menangi namun tetapi ingin saya kongsi dengan semua yang hadir pada hari ini dan sampaikan mesej ini kepada semua para-para jemaah dan sahabat yang ada di depan dan belakang kita bahawa pada hari ini terlakarnya satu kerja Allah Taala memberikan satu lagi watikah amanah kepada kita, kepada GISB Holdings Sdn Bhd apabila termeterainya satu gagasan, satu yayasan yang dimuliakan Allah ini bukanlah hanya sekadar kita tunjuk untuk kita melihat bagaimana ia dilaksanakan tetapi marilah kita bersama-sama, berdiri, berganding bahu menyumbang, membantu, berusaha, berfikir, merencana, memantau, melaksana, tanpa kenal erti keluh kesah, kerana ini bukanlah kejayaan semata-mata, tetapi ini adalah amanah daripada Allah subhanahu wa taala kepada kita bagaimana kita melaksanakan perjuangan kita di hari ini dan hari esok akhirnya akan dihisabkan kita hari-hari yang akan mendatang dan biarlah kita menangis, biarlah kita berada dalam keadaan keluh kesah ketika di dunia ini namun akhirnya biarlah kita tersenyum di akhirat nanti apabila kita mampu dijawab dan menjawab segala amanah yang Allah beri hari ini telah kita laksanakan sehabis baik kita selama hayat dikandung tubuh badan kita.
Justeru itu saya bukanlah ingin berbicara soal-soal politik dan ekonomi. Bidang-bidang saya adalah bidang ekonomi tetapi hari ini saya melihat bagaimana perkembangan empayar ekonomi dalam lawatan saya pada baru-baru ini di bandar Country Homes setelah dibawa berpusing melihat infra-infra, prasarana-prasarana yang telah diusahahasilkan oleh kumpulan-kumpulan jemaah dan dalam perancangan masa depan saya nyatakan dengan tegas, ini bukanlah bandar pembangunan hasil usaha yang ditinggalkan oleh Abuya dan dipelopori hari ini oleh Bonda Puan Hatijah Aam dan didukung oleh semua parajemaah yang hadir yang ada, yang menyumbang namun pada hemah saya, saya melihat Bandar Country Homes merupakan satu empayar, satu gagasan, yang mana mursyid jemaah ini dulu berusaha dengan bermati-matian, bertungkus lumus memikirkan satu model yang berbentuk mini pembangunan seluruh istana dunia yang untuk dibangunkan.
Persiapan-persiapan ini telah Abuya bangunkan terlebih awal, saya melihat pembangunan ini dibangunkan pembangunan dalam bentuk kesihatan melalui klinik-klinik yang ada, pembangunan dalam bentuk pelaksanaan kemanusiaan, infra-infra dalam bentuk kedai-kedai keperluan menyediakan barang-barang harian, bangunan-bangunan pejabat, restoran-restoran makanan, bangunan-bangunan yang ada di sekeliling Bandar Country Homes itu bukanlah hanya sekadar bandar yang dibangunkan oleh Abuya, untuk sekadar untuk kita tatapi, namun bangunlah dengan bukakan mata, bukalah mata hati bahawa ini pada hemah saya adalah merupakan satu persiapan empayar yang cukup besar sebenarnya yang disampaikan, yang ditunjukkan untuk kita melihat dengan lebih telus bahawa contoh dalam bentuk mini pembangunan ini perlulah dibangun segarkan di seluruh pelusuk dunia yang menyatakan bahawa pembangunan berpaksikan Allah swt itu, mengagungkan Tuhan itu tidak boleh disekat, tidak boleh ditahan, malah pembangunan sebegitu rupalah yang patut dijadikan contoh yang terbaik yang sepatutnya diagung-agungkan oleh semua masyarakat dunia kerana apabila mengagungkan Tuhan, akhirnya Tuhanlah sendiri yang akan mengangkat martabat kita bukan sesama insan manusia.
Jesteru itu apabila saya mendapat masa berintreaksi bersama sahabat-sahabat dalam masa terdekat saya tetap dengan pendirian saya mengatakan bandar Country Homes itu bukan bandar, ini adalah empayar yang patut kita lihat lebih jauh. Saya melihat Abuya, jauh ke depan, 20, 30 tahun ke depan jadi saya berharap agar semua yang hadir para saf kepimpinan utama, bangunlah supaya dalam tempoh selama 45 tahun pembangunan yang telah diusahakan oleh Abuya, kita telah melihat bagaimana prasarana-prasarana kejayaan mengagungkan Tuhan telah berjaya dilaksanakan dengan baiknya di seluruh, seintero dunia dan pada hari ini apabila pengembangan-pengembangan yang dilakukan oleh saf kepimpinan yang telah disediakan, yang telah diyakini oleh mursyid jemaah yang juga hari ini didokongi oleh Bonda Hatijah Aam, maka sedarlah kita semua, maka langkahlah kita, dengan langkah yang lebih berhemah, dengan langkah yang lebih laju, dengan langkah yang lebih penuh keberkesanannya, dengan langkah yang penuh kesedarannya.
Bukanlah untuk kita duduk tunggu dan melihat, sekadar yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek, namun apa yang perlu kita usaha hasilkan hari ini, kembangkanlah empayar mengagungkan Tuhan ini tanpa ada rasa takut, tanpa ada rasa gelisah, tanpa ada rasa kegusaran di hati kita kerana tidak lain dan tidak bukan hanya kerana tuhan semata-mata.
Jesteru itu walaupun, saya hadir pada hari ini terlibat dalam beberapa siri-siri berintereksi dengan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd dan para jemaah terutama yang dihormati pengerusi eksekutif, Bonda Puan Hatijah Aam baru dalam beberapa detik seketika namun pengenalan saya pada pergerakan jemaah ini bukanlah dalam jangkamasa yang pendek. Saya mengenali melalui rakan-rakan sahabat, melalui itu, walaupun saya tidak berkesempatan untuk berintreaksi dengan Abuya secara langsung apabila saya mendengar, saya mengupas, saya membaca, beberapa fakta-fakta lakaran-lakaran sejarah, saya mengambil sikap untuk meneliti, membuat penganalisaan, memohon, bermunajat kepada Allah menunjukkan kepada saya sebenarnya apakah di sebalik lakaran-lakaran, apakah di sebalik catatan-cacatan, apakah di sebalik fakta-fakta yang disampaikan kepada saya ini tunjukkan saya untuk saya melihat di manakah destinasi, visi dan misi perjuangan Abuya sebelum ini, saya melihat akhirnya bahawa beliau menyediakan asas kukuh prasarana yang mana menyediakan landasan persiapan perjuangan prinsip jauh 20, 30 tahun lebih ke hadapan.
Jadi, bangunlah kita semua! terutama anak-anak didik di bawah air tangan Abuya sendiri, bangunlah dengan penuh hemah! bangunlah dengan penuh kekuatan jati diri yang tidak perlu ada ketakutan, yang tidak perlu ada rasa, walau seminit, walau sesaat pun gusar takut dengan tekanan-tekanan dunia. Bangunlah, sahutlah dengan sebenar-benarnya, menyahut seruan, menyahut saranan, menyahut perjuangan yang telah diusahakan oleh tidak lain dan tidak bukan, mursyid Abuya sendiri yang telah menyediakan segala landasan-landasan ini dan kita berdoa bersama-sama di bawah dokongan Bonda Puan Hatijah Aam bahawa perjuangan ini diteruskan dan ingin saya sampaikan secara ikhlasnya daripada saya pasaklah di dalam diri tuan-tuan dan ibu-ibu apabila Allah takdirkan lahirnya Abuya ke dunia ini melalui segala usaha hasil beliau, mengembelingkan tenaga, mengembelingkan firasat, mengembelingkan segala ilmu yang Allah anugerahkan kepada beliau untuk disampaikan kepada seluruh ahli jemaah mewakili perjuangan hari ini. Bangunlah dengan penuh rasa keinsafan dan kesedaran. Saya melihat, apabila hadirnya di atas muka bumi ini, dengan satu kelebihan yang Allah berikan kepada bumi Malaysia yang bertuah ini, hadirnya, wujudnya Abuya, jadilah kita semua, sekiranya mana-mana pihak menekan, memaksa, memfitnah atau mewujudkan segala tohmah, namun atas keyakinan berpaksikan perjuangan kepada landasan Islam, perjuangan yang tidak ada tolok bandingnya wujudkanlah pada diri tuan-tuan, ibu-ibu, puan-puan, adik-adik; perjuangan yang aku bawak ini, yang ditunjukkan kepada aku oleh Abuya, dibimbingkan hari ini oleh Puan Bonda Hatijah Aam tidak lain dan tidak bukan, bukan kerana berkepentingan peribadi, namun inilah perjuangan ke arah mengagungkan agama Tuhan, mengagungkan Tuhan, mengagungkan segalanya.
Jadi saya tetap dengan tegas, perjumpaan kali pertama dan kali ini, perjuangan saya, yang saya harap mendapat sokongan doa perjuangan daripada semua sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang ada terutama pada hari ini, pada majlis yang cukup bersejarah pada kumpulan jemaah GISB Holdings Sdn Bhd mendoakan perjuangan kita semua ke arah memertabatkan, mengagungkan agama Islam, mengagungkan Tuhan ini mendapat kejayaan di dunia dan akhirat, insyaAllah. Justeru itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua, kepada pengerusi majlis, kepada pengerusi eksekutif Puan Hatijah Aam, kepada ahli lembaga pengarah GISB Holdings Sdn Bhd kerana sudi memberikan ruang dan peluang kepada saya pada pagi ini berbicara sepatah dua dan sebelum meninggalkan majlis ini saya mengucapkan kesyukuran setinggi-tinggi kepada Allah swt, kepada junjungan Besar, Nabi Muhammad saw dan dengan ini, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya merasmikan majlis pada hari ini satu majlis kesyukuran dan perasmian pejabat urusan GISB Holdings Sdn Bhd.
Sekian terima kasih.
Wabillahi taufik walhidayah
Wassalam alaikum Wrt wbt
Referensi:

Lokasi Global Ikhwan Sendirian Berhad Holdings



Kantor
A-1-2, Pusat Perdagangan Pelangi, (PJU 6, Persiaran Surian), 47800 Petaling JayaSelangor



Referensi:

GISB & Ummu Jah kini...

13 Mei Puan Ibu Hatijah Aam kembali ke tanah air selepas diusir oleh kerajaan Arab Saudi atas kesalahan overstay. Selama hampir tiga tahun di Haramain, Puan Ibu Hatijah telah berjaya meletakkan namanya dalam kelompok elit di Mekah.
Jemaah umrah dari Malaysia dan Indonesia terutamanya yang sempat menziarahi projek-projek GISB waktu itu, juga sangat kagum dan terharu kerana adanya seorang wanita Melayu yang mampu mengendalikan sebuah empayar perniagaan di sana.
Menjelang 31 Ogos, Puan Ibu Hatijah Aam mencapai persetujuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor untuk bertaubat dan mematuhi fatwa. Persetujuan dan pematuhan yang dicapai telah mencipta satu jalinan erat antara GISB dan JAIS.
Pada hari kedua Aidil Adha iaitu pada 16 Oktober, satu majlis penuh tertib, meriah dan indah berlangsung di Bandar Country Homes, Rawang. Majlis kasih sayang dan ramah mesra GISB bersama JAIS diikuti acara pelupusan bahan dilarang fatwa. Peristiwa dan ciptaan sejarah yang menakjubkan.
Sejak kepulangan Puan Ibu Hatijah Aam ke Malaysia, beliau giat mengemaskinikan syarikat dan sebuah yayasan peninggalan suaminya yakni Global Ikhwan Sdn Bhd dan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia.
Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia disegarkan dengan langkah pengstrukturan semula pentadbiran dan operasinya ditambah lagi dengan imej baru yang lebih komprehensif.
Pelancaran dan perasmian YKPPM di era baru akan diadakan di sebuah dewan berprestij di Ibu Kota dan akan dirasmikan oleh seorang kenamaan yang tidak asing lagi bagi masyarakat di Ibu Negara.
GISB yang dulunya hanya sebuah syarikat kecil tetapi 'gah' kini telah dinaiktarafkan kepada GISB Holdings Sdn Bhd dengan gabungan beberapa anak syarikat. Global Ikhwan Sdn Bhd sekarang hanyalah merupakan salah sebuah daripada anak syarikat yang bernaung di bawah GISB Holdings Sdn Bhd.
Kemampuan menerajui dan mengendalikan dua institusi berdaftar dan beroperasi secara sah menurut undang-undang Malaysia, Puan Ibu Hatijah Aam telah dilihat sebagai seorang tokoh wanita yang mempunyai prinsip yang begitu kukuh dan berjiwa kental.
Keupayaan beliau dilihat bukan sahaja kerana memiliki idea, pemikiran yang tajam, kepimpinan dan wawasan yang jelas dan jauh ke hadapan, tetapi banyak pihak mengakui beliau mempunyai kekuatan rohani yang begitu ampuh.
Setiap perjumpaan bersama Ahli Lembaga Pengarah juga dengan rakan-rakan kongsi lainnya, perkara paling penting ditekankan ialah persoalan takutkan Allah dan rindu kepada Rasulullah.
Kesungguhan membina rasa hamba dan ciri-ciri khalifah dalam team pengurusan dan juga staf di semua peringkat menjadikan GISB Holdings Sdn Bhd dan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia memiliki kekuatan yang luar biasa berbanding syarikat perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan lain.
Ramuan atau resepi  inilah yang menjadi formula rahsia sepanjang perjalanan syarikat yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Ashaari ini. Puan Ibu Hatijah Aam yang menyambung usaha suaminya itu telah mengekalkan pendekatan dan kaedah yang sama bagi menjamin keberkesanan operasi syarikat dan yayasan.
Apa yang menariknya ialah, sejak kepulangan Puan Ibu Hatijah Aam ke bumi berkat ini, GISB Holdings dan YKPPM telah dirisik dan cuba dilamar oleh beberapa pihak. Pihak yang datang merisik dan melamar itu pula bukanlah datang dari kalangan syarikat kecil-kecilan atau yang baru menetas.
Beberapa orang kenamaan telah datang mewakili pihak yang berkepentingan di arena ekonomi kebangsaan dan rantau Asia. Mereka datang dengan berbagai tawaran dan peluang perniagaan. Pihak JAIS pula contohnya mempelawa diadakan kerjasama dalam hal-hal kebajikan dan ketaqwaan.
Melihat senario ini, spontan hati lalu menduga apakah semua yang berlaku hanyalah secara kebetulan atau sebenarnya dirancang secara teliti dan berhati-hati oleh pihak-pihak tertentu?
Ia! Tidak ada yang berlaku secara kebetulan melainkan semuanya dalam perencanaan Tuhan. Mungkinkah juga terdapat kuasa-kuasa ekonomi atau politik yang sedang meneropong GISB Holdings dan YKPPM dengan perhatian yang begitu cermat?
Puan Ibu Hatijah Aam sebenarnya lebih sinonim dengan panggilan Ummu Jah. Nama daftarnya ialah Hatijah binti Aam. Tetapi dulu lebih popular dengan Khadijah Aam iaitu nama yang digandingkan dengan suaminya, Ustaz Ashaari Muhammad pada hampir setiap judul buku sebagai penulis bersama.
Ummu Jah adalah nama yang tidak asing lagi dipersada negara, bahkan juga di luar negara. Setelah tiga tahun permergiaan suaminya, beliau masih mampu bertahan dalam gelombang badai dunia perjuangan melalui paltform perniagaan seperti mana semasa beliau bersama suaminya.
Keutuhan jiwa yang dimiliki oleh Puan Ibu Hatijah ini tentulah mengundang rasa cemburu oleh para pesaingnya, apatah lagilah musuh-musuh beliau. Namun dalam masa yang sama, tentu ada pihak yang lebih cerdik dan bijaksana sedang mengintai dan mengamati kelebihan ini.
Pada masa yang sama, negara pula sedang menghadapi kepincangan dan kebobrokan dari semua aspek seperti ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan budaya.

Tidak mustahil pasukan tertinggi pentadbiran negara sedang meneliti dari semua aspek, apakah formula atau rahsia kekuatan GISB Holdings yang dulunya dikenali dengan Al Arqam boleh menjadi alternatif sebagai jalan keluar kepada masalah negara.
Andaian atau telahan ini bukan sekadar omongan kosong, tetapi sangat didasari oleh sumber-sumber yang kukuh. Sejak lama, MARA yang merupakan agensi kerajaan dalam pembangunan masyarakat bumiputera telah sangat mengakui perkara ini.
Biro Tata Negara yang suatu ketika dulu merupakan agen doktrin pemikiran nasionalis Melayu juga tidak mahu terkecuali dalam mengkagumi kecekapan Al Arqam dalam menyelaraskan kefahaman dan keyakinan seluruh ahli gerakkan mereka.
Maka tidak hairanlah jika Puan Ibu Khadijah adalah merupakan seorang balu atau janda kaya yang sedang dicermati oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam skrip perjuangan Rasulullah SAW ada watak heroin terkenal bernama Khadijah rha, juga merupakan seorang bangsawan, cendikiawan cuma ianya janda kaya.

Tidak mustahil di arena politik tanah air dan antarabangsa yang jelas sedang menuju kejatuhan di mana-mana sekarang ini, mungkin juga terdapat watak heroin yang seakan sama. Hanya Allah Yang Maha Tahu.

Sementelahan pula Ummu Jah, GISB Holdings Sdn Bhd dan YKPPM sudah kembali kepada masyarakat dan negara melalui langkah mematuhi fatwa dan sedia bekerjasama dengan mana-mana jabatan, agensi atau pihak berwajib.

Sumber:

Persepsi Masyarakat Terhadap GISB HOLDINGS Sdn Bhd Dan Usaha membaiki Diri, Keluarga Dan Masyarakat

Petikan: www.suaramuhajirin313.blogspot.com Monday, 14 April 2014
Tajuk ini Pak Lang pilih bagi mengisi paparan kali ini. Agak lama Pak Lang tidak memperkatakan secara langsung mengenai GISB / YKPPM. Hanya dalam beberapa hari yang terakhir ini, Pak Lang terlibat dalam perbincangan dengan beberapa tokoh masyarakat yang bersimpati dengan usaha-usaha GISB. Mereka adalah tokoh-tokoh korporat, para pegawai kanan kerajaan serta tokoh-tokoh NGO. Nama dan identiti mereka belum sesuai didedahkan!
Kelompok ini sekarang dilihat sudah ramai yang berani mendekati GISB. Maklumlah dengan aktiviti dan projek GISB sedang berada di mana-mana, masyarakat dapat manfaar dan berpeluang bertukar-tukar pandangan. Akhir-akhir ini program Makan Malam Amal anjuran GISB sedang di jalankan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dalam sebulan sekurang-kurangnya 2 majlis seumpama ini dicetuskan dengan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.
Sedaya mungkin, Dato’ Ratu Ibu Hatijah Am selaku Pengerusi Eksekutif GISB Holdings yang juga YDP Yayasan Kebajikan Dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) akan hadir ke setiap majlis sebegini. Hubungan dan perkenalan beliau dengan para tetamu terutama golongan vip semakin meluas dan berharga.
Aktiviti bersama masyarakat juga sedang diperluaskan. Forum menangani masalah gejala sosial dengan kerjasama pelbagai pihak sudah berjalan di beberapa lokasi. Semuanya menampilkan Dato Ratu Ibu Hatijah sendiri sebagai salah seorang panel yang memberi pandangan. Walaupun GISB / YKPPM sendiri adalah penganjur, priogram ini biasanya dimeriahkan dengan turut menjemput tokoh-tokoh masyarakat dari berbagai latar belakang bagi turut menyumbang pendapat sebagai ahli panel. Ianya selari dengan hasrat pihak kerajaan yang mahukan GISB / YKPPM melibatkan diri bersama masyarakat arus perdana dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.
Pertemuan dan perbincangan dengan para tetamu yang hadir ke majlis makan malam amal inilah yang mencetuskan idea Pak Lang menulis tajuk ini kali ini. Merekalah yang meluahkan rasa hati masing-masing tentang GISB / YKPPM. Banyak yang ditanyakan tentang perkembangan serta latar belakang sesuatu isu yang dibangkitkan oleh para pengkritik yang jumlahnya boleh dibilang dengan jari. Mereka tidak sedar GISB / YKPPM ini sudah membesar dan berkembang pesat sejak 10 bulan terakhir ini.
Kadang-kadang kita cemas melihatkan betapa besarnya harapan masyarajat terhadap GISB / YKPPM. Cemas kerana merasakan belum mampu secara lahiriah dan terutamanya dari sudut rohaniah. Cemas kerana harapan ini meliputi semua lapisan masyarakat. Tidak kira golongan mana sekalipun, sebaik mengetahui apa yang sedang dijalankan GISB / YKPPM, mereka akan bertanyakan bagaimana boleh dibuat kerjasama mencetuskan sesuatu program. Semua aktiviti yang dicadangkan ini bertujuan membantu masyarakat dalam menangani masalah sosial, kebajikan dan juga keperluan kehidupan yang berbagai bentuk.
Sokongan dan harapan mereka menjadi pendorong GISB / YKPPM untuk menyiapkan tenaga sumber manusia seramai yang mungkin. GISB / YKPPM mengamalkan dasar pengambilan pekerja daripada anak-anak dan keluarga staf sedia ada. Staf yang memahami konsep perjuangan GISB / YKPPM sahaja yang akan dipelawa memegang apa jua tugas yang bersesuaian sekalipun hanya sebagai tukang masak atau petugas kaunter.
Masyarakat hari ini sudah cerdik dan matang. Mereka tidaklah mudah ditipu atau diperdayakan. Dasar GISB / YKPPM adalah telus dan bersedia berterus terang. Tidak ada apa yang hendak disembunyikan kecuali rahsia syarikat yang ianya memang menjadi polisi asas mana-mana syarikat korporat. Yang penting, kami sedang melihat keyakinan masyarakat yang makin bertambah. Mereka turut berbangga dengan apa yang GISB/ YKPPM lakukan di seluruh dunia.
Kami faham, masih ada seorang dua yang mahu mencari salah silap kami. Apa boleh buat. Kami serahkan urusan mereka kepada Allah swt. Biarlah Dia yang ‘menguruskan’ mereka. Kami tdak punya banyak masa mahu melayan mereka. Apa pun, marilah kita menjadi sebaik-baik hamba Allah yang sangat berusaha membantu saudaranya yang muslim.
Jangan hanya cukup dengan cakap dan kritik sebaliknya berbuatlah dan bertindaklah semarakkan bumi Malaysia ini dengan usaha-usaha mengajak masyarakat kembali kepada Allah dan Rasul. Buatlah dan cetuslah apa-apa program sekalipun asalkan mesej ke arah mengubah masyarakat dapat disampaikan. Tidak salah belajar dengan orang yang telah berpengalaman.
Kami dapati rakyat Malaysia sudah semakin serius memikirkan persoalan perlunya mengajak masyarakat kembali kepada Allah dan Rasul. Inilah anak kunci keselamatan dan faktor utama dalam menangani gejala sosial di dalam masyarakat. Soalnya bagaimana mahu berbuat? Pada GISB / YKPPM, jawapannya ialah bermula dari proses pembinaan individu. Setiap individu mesti diajak (baca didakwah) untuk melakukan perubahan diri. Usaha memberi kesedaran awal ini mestilah dilakukan secara berterusan.
Sudah pasti ianya kena dimulakan dari solat. Memanglah berat dan sulitnya dalam mengusahakan hal ini. Ya, memang kita sedia maklum sukarnya untuk ‘mengubah’ manusia. Sebab itu janganlah niat untuk ‘mengubah’ orang sebaliknya ‘ajaklah’ diri kita dan mereka kepada Tuhan. Ajaklah dengan penuh hikmah dan pengajaran yang mendorong mereka berfikir dan merenung hakikat kebenaran dari Tuhan. Selebihnya berserahlah kepada Allah. Dialah yang memilih siapakah di kalangan hambaNya yang mahu di’ubah’ – dibawa kembali kepadaNya.
Sebab itu kita perlu saling bantu membantu dan saling memperkukuhkan sesama kita. Kami di GISB / YKPPM akan terus berusaha membina ruang perniagaan dan perkhidmatan yang sebanyak-banyaknya. Ini semua akan menjadi saluran masyarakat mendapat panduan, dorongan dan motivasi untuk mengubah diri, keluarga dan komuniti mereka. Kami gersedia membantu pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sekalipun.
Seseorang ketua keluarga yang mendidik isteri dan anak-anaknya ke arah mencintai Allah dan Rasul, dianggap sudah melaksanakan tanggung jawabnya. Dan dia tidaklah boleh berhenti di tahap keluarganya sahaja. Dia perlu pula melihat dan membantu rakan-rakan ketua keluarga yang lain – di kalangan jiran-jirannya atau kaum keluarganya. Pokoknya hati jiwanya janganlah sekadar menyelesaikan hal keluarganya sahaja sebaliknya kenalah secara serius juga memikirkan untuk membantu orang lain. Inilah sifat mukmin yang sebenarnya!!
Sekian dulu buat kali ini.
Ya Allah bantulah kami mengubah diri, keluarga dan masyarakat kami. Selamatkan kami ya Allah!!

Sumber: