Hatijah Aam (Ummu Jah) kini bergelar Dato’
Salam kasih sayang,
“ Barang siapa yang merendah diri yakni Tawadhuk maka Allah akan meninggikan darjatnya”. Maksud Hadis
YBhg.
Dato’ Nimas Ayu Pembayun Hatijah binti Aam D.P.M.P , Pengerusi
Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd merangkap Yang Di Pertua YKPPM
Setelah
pulang dari JAIS, Bonda (panggilan popular dikalangan GISB) berkata,
“..MasyaAllah…terima kasih Tuhan. Kita dapat kawan baru, kawan yang
sangat mahukan kita selamat dunia dan akhirat” kata bonda kepada kami.
Sebenarnya bonda memang ada sessi muzakarah bulanan bersama JAIS.
“…nanti kita harap Tuan Shahzihan dapat gelaran Dato’ kerana besar
jasanya itu, membawa kita kembali kepada fatwa. Mari kita sama-sama
doakan ya!…” kata bonda lagi. Tapi hakikat yang berlaku hari ini, bonda
yang mendahului mendapat gelaran Dato’. Yang pasti ini bukan Dato’ beli.
Menurut khabarnya Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim juga turut hadir menerima
penganugerahan di majlis yang sama.
Rentetan
dari itu maka berlakulah berbagai-bagai peristiwa di luar dugaan,
sungguh ajaib… Bermula dengan pengistiharan taubat dan pelupusan buku.
Aku hanya ingat beberapa peristiwa sahaja, yang tidak tertulis di sini
minta maaf bebanyak ya… mungkin akan ada blogger lain yang akan
menulisnya nanti.
16 Okt 2013 :
Majlis Sambutan Hari raya Korban dan Silaturrahim bersama JAIS Sempena
GISB Holdings Patuhi Fatwa ,diikuti acara Pelupusan Bahan yang dilarang
oleh Fatwa, di Bandar Country Homes, Rawang.
31 Okt 2013 : Majlis Pelancaran Penjenamaan semula YKPPM di Dewan Megaview Banquet Deck ,Menara Kuala Lumpur
7 Nov 2013 (3 Muharram 1435H) : Puan Ibu Hatijah Aam bersama 17 orang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat atas kesalahan melanggar arahan Mufti.
8 Nov 2013(4 Muharram 1435H): Majlis Istitabah Pengikut Kumpulan Al Arqam anjuran Jabatan Agama Islam Selangor, Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor.
9 Nov 2013(6 Muharram 1435H):
Persembahan Kumpulan Generasi Harapan sempena Festival Kesenian dan
Kebudayaan Islam Antarabangsa di Putrajaya di Pentas Utama (PIIACuF2013)
14 Nov 2013(10 Muharam 1435H):
Perasmian Pejabat Urusan GISB Holdings Sdn Bhd oleh Dato’ Seri Dr
Feardaus Khairuddin , di Pusat Perdagangan Pelangi, Petaling Jaya.
21 Nov 2013(17 Muharam 1435H) :
Puan Ibu Hatijah Aam di radio Bernama, Radio 24(FM 93.9) Bersama Wakil
Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM, Dato’ Nadzim Johan
23 Nov 2013 (19 Muharam 1435H):
Penganuagerahan Dato’ Nimas Ayu Pembayun DPMP dari Sultan Palembang
kepada Puan Ibu Hatijah binti Aam yang membawa gelaran Dato’ Hatijah
Aam.
Darjah Paduka Mahkota Palembang – (D.P.M.P) – bergelar Dato’
Penerangan :
Darjah
ini dianugerahkan kepada golongan bangsawan yang berjaya, kebiasaannya
kejayaan dalam NGO, Politik, Sukan, Budaya dan Perniagaannya. Ianya
dikelaskan sebagai Darjah dalam keluarga pertama, Darjah ini juga sesuai
dianugerahkan kepada Pengerusi Persatuan yang aktif dalam pelbagai
kegiatan antara Negara atau pun dalam peringkat Negeri, mereka-mereka
yang dikira sesuai oleh baginda atau kaum kerabat Istana juga boleh
menerima darjah ini manakala darjah ini tiada had limit dan sesuai
digelarkan sebagai Yang Berbahagia (YBhg.)
Gelaran Suami : Dato’
Gelaran Isteri : Datin
Gelaran Perempuan : Dato’
Cara penulisan gelaran/darjah yang diterima :
YBhg. Dato’ Hatijah binti Aam. D.P.M.P., (dan disambung dengan pingat yang diterima)
Berikut adalah contoh Medal yang diterima : -
Aku
difahamkan, penganugerahan ini adalah hasil sumbangan dan kegiatan
rangkaian GISB Holdings di Palembang selama ini. Kemuncaknya baru-baru
ini ialah satu ekspo Barangan Halal dan Persembahan Kumpulan Generasi
Harapan yang dianggap sangat berjaya oleh pihak Istana dalam
mengembalikan semangat ekonomi orang Islam di sana. Sultan Palembang
sangat berbesar hati dan penganugerahan ini sebagai tanda terima kasih
beliau terhadap GISB khususnya terhadap pengerusi Eksekutifnya yang
sekarang disebut Dato’ Hatijah Aam.
Tabarokallah….tabarokallah….tabarokallah…. Maha Besar Allah…Allahuakbar…
tidak putus-putus Bonda melafazkannya ketika mendengar berita tersebut.
“Tak pernah terfikir dan bercita-cita pun nak dapat gelaran Dato’.”
Kata Bonda lagi.
Inilah hasil taat dan kembali kepada Fatwa. Hari demi hari makin terbuka laluan untuk Islam kembali gemilang.
Pepatah Melayu -“Ular menyusur akar takkan hilang bisanya"
Sumber:
Dato dari Sultan Palembang.
ReplyDeleteIndonesia mana ada Sultan.
Indonesia mana ada bagi gelaran Dato (Bapa adalah)
Upacara peganugerahan buat di Hotel, Sultan tak ada istana ke ?
Kalau nak geralaran Dato palsu nie boleh hubungi bekas BOD GISB di talian: 019 - 370 7779