Tuesday 27 May 2014

Global Ikhwan Holdings Subsidiari

Ikhwan Mart SDN BHD

Di bawahnya terdapat rangkaian pasaraya, kedai runcit, pusat sehenti (one stop), butik, kedai Photostate dan lain-lain. Hampir di setiap negeri atau daerah di Malaysia terdapat kedai-kedai ini. Ia adalah kedai-kedai yang menjual barangan halal di tengah masyarakat.

Ikhwan Bakery Restaurant And Catering SDN BHD


Ia terdiri dari rangkaian kedai-kedai kek, roti, biskut, pastri, restoran-restoran, café, khidmat katering. Menjual makanan ya g halal dan bersih di sudut syariat kepada masyarakat.

Immarah Travels & Tours SDN BHD



Ia menyediakan pakej umrah dan ziarah, Haji, khidmat pelancongan dalam dan luar Negara, khidmat sewaan bas, van dan kereta, khidmat jualan tiket kapalterbang dan sebagainya. Di dalam memberi khidmat kepada masyarakat, tuntutan dan tanggungjawab sebagai Hamba Allah dan khalifah sangat diutamakan. Masyarakat diajak mengutamakan solat dan syariat di sepanjang pemusafiran mereka bersama Immarah Travel & Tours Sdn Bhd ini.

Ikhwan Industries SDN BHD



Di bawahnya terdapat beberapa kilang makanan halal yang diusahakan oleh Ikhwan Industries Sdn Bhd. Di antaranya, kilang air mineral, air karbonat, kilang makanan basah seperti bebola ikan dan fish cake. Terdapat juga kilang mee kuning dan tahu, juga kilang roti. Semuanya untuk khidmat masyarakat dan memperkukuhkan ekonomi umat Islam kea rah menghasilkan makanan halal lagi bersih pembuatannya.

Global Ikhwan SDN BHD



Ini adalah kilang memproses ayam yang telah diambilalih dari satu perniagaan bumiputera yang hampir tutup. Demi menyediakan sembelihan dan proses ayam halal, Gln Sdn Bhd mengambilalih kilang tersebut. Kita bekalan ayam halal dapat dipasarkan dengan permintaan yang sangat tinggi. Kini, umat Islam dengan kesedaran berobal Ikhwaagama, mereka sangat sensitif dengan isu makanan halal ini.

Ikhwan Distributors SDN BHD



Ia adalah bahagian pemasaran barang-barang keluaran GISB Holdings Sdn Bhd. Segala produk-produk halal yang dihasilkan oleh GISB Holdings diedarkan ke seluruh tempat melalui Ikhwan Distributors Sdn Bhd. Di antara produk makanan halal yang dipasarkan seperti kicap, cili sos, tomato sos, sos tiram, ubat gigi, sabun pencuci pinggan dan lain-lain.

Ikhwan Motivation SDN BHD



Ia mengendalikan khidmat kursus-kursus motivasi dari peringkat anak-anak sekolah, staf syarikat, pegawai-pegawai syarikat swasta dan kerajaan. Menganjurkan khemah ibadah, rehlah dan ziarah sambil member motivasi. Ia juga memberi khidmat kaunseling kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, bimbingan dan panduan dalam menghadapi masalah kehidupan dunia dan akhirat.

Ikhdwan Media & Event SDN BHD



Ia menyediakan hiburan yang mendidik manusia agar mereka kenal, takut dan cinta Tuhan. Mengajak manusia rindu Rasul dan berkasih sayang sesama manusia. Di bawah Ikhwan Media & Event Sdn Bhd juga terdapat TV Nur Muhammad, persembahan kebudayaan di serata dunia dengan Kumpulan Generasi Harapan (dari satu ayah dan 4 ibu). Mereka mempersembahkan lagu-lagu, tarian dan sketsa untuk mengembalikan manusia kepada Tuhan. Mereka mengketengahkan hiburan yang canggih dan terkini yang digunapakai dalam dunia hiburan di sudut penataan cahaya, alat-alat perkusi, melodi lagu, peralatan pentas, pakaian, tarian dan lain-lain. Namun yang utama, Allah dan Rasul yang dibesarkan dalam hiburan tersebut.

Ikhwan Medicare SDN BHD


Ia terdiri dari rangkaian klinik pesakit luar, klinik bersalin, Pusat Rawatan Ikhwan untuk sakit seperti sihir, gangguan, santau dan lain-lain, Klinik Gigi, Pusat Rawatan Homeopathy dan Health Shoppe. Klinik-klinik ini terdapat beberapa negeri di Malaysia.
Pegawai Perubatan dan Doktor-doktor yang berkhidmat di bawah Ikhwan Medicare Sdn Bhd ini terdiri dari tenaga-tenaga pakar yang berpengalaman. Mereka bukan saja pakar di bidang rawatan tapi mereka adalah pegawai-pegawai perubatan dan doktor yang membawa pesakit kepada cinta dan takut Tuhan serta rindu Rasul dalam sakit yang Tuhan beri padamereka.


Ref:

6 comments:

  1. please contact me 0179199819

    ReplyDelete
  2. Berminat utk jual bangunan pasaraya dengan penyewa (ready tenant for 26 years) 0194758101

    ReplyDelete
  3. Assalam... ada tak mini market atau pasaraya sekitar SANDAKAN SABAH

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum saya berminat untuk buka ikhwan mart di serdang kedah sebab nak buka tiada kedai muslim, susah mencari produk muslim. Saya perlukan bantuan bagaimana dari pihak tuan gisb holding sdn bhd harap hubungi saya di 01136168278

    ReplyDelete
  5. Saya cadangkan psarya guna lebih cara bayaran di kaunter2 pasrya.mcm touch n go e wallet ke sbb rmai org skg guna e wallet ni utk urusan harian...termasuk saya.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, saya nak minta no. telefon HQ Glboal Ikhwan bahagian HR atau Gabungan Usahawan di bawah Global Ikhwan. Puas dah saya cari tapi tak jumpa. Terimakasih . Suhaimi Hp 0193146630

    ReplyDelete